Rabu, 8 Mac 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA PEKDIS KINTA SELATAN

Mesyuarat Agung PEKDIS Daerah Kinta Selatan Tahun 2017 telah diadakan pada 28 Februari 2017. Mesyuarat yang berlangsung di Dewan Mesyuarat SMK Idris Shah, Gopeng ini telah dihadiri oleh para guru Pendidikan Islam Rendah dan Menengah.

Hasil mesyuarat ini juga, satu jawatankuasa gerak kerja peringkat Daerah Kinta Selatan telah dibentuk dengan jayanya. Semoga PEKDIS Kinta Selatan terus sukses dan terampil di masa hadapan. Insya-Allah.